Tuesday, December 21, 2010

:.Harian Metro:. 'Lima angota polis kena santau katak puru"


Berita di dalam harian metro amat menyedihkan.. perbuatan santau yang jelas salah di sisi syariat masih diamalkan.


Lupakah kita bahawa Islam datang dengan mesej keamanan dan keselamatan untuk:-

Menjaga....

(a) Harta

(b) Nyawa

(c) Diri

(d) Akal

(e) Maruah


Akan tetapi, moral hidup di sana dan sini sekarang hampir boleh dikatakan terancam oleh pelbagai perbuatan 'khiatat' dan zalim sama ada kecil atau besar.



Merujuk berita di Harian Metro minggu ini, bahawa anggota polis pernah diancam keselamatan disebabkan santau.. Santau menggunakan binatang (akta puru pula tt).. memang berlaku. Malah ada di kalangan saudara kita yang telah gugur syahid disebabkan perbuatan khianat semasa betugas sebagai anggota pasukan uniform. Mati disantau sehingga kembung perut, bengkak kaki, tidak boleh tidur sebagainya.


Apabila dirawat, sembuh dan 'hamba Allah' itu akan menghantar lagi racun-racunnya untuk menjatuhkan saudara yang ikhlas bertugas ini... akhirnya, kecundang dengan izin Allah dan beliau dijemput sebagai syahid.


Itu lah fenomena masyarakat Islam Melayu. Ada lagi yang hidup subur dengan amalan sedemikian. Bertujuan untuk memuaskan hati atau kononya untuk menuntut keadilan. Akan tetapi salah di sisi syarak.


Jadi untuk kita, bersama menyelami hikmah di dalam ayat- ayat al-Quran untuk menjadikannya benteng keselamatan diri. Menyelami maksud al-Quran yang menyarankan supaya ditegakkan perundangan Samawi dan bukan perundangan Duniawi.


Sian ... sian... mula hari ini semua kena insaf. Kita hentikan lah amalan khurafat yang merosakkan diri dan diri orang lain. Merosakkan akidah. Merosakkan masyarakat.


Jika ada masalah, gunalah perundangan dahulu dan tidak perlu jadi hakim dan pendakwa dalam masa yang sama.


Untuk sesiapa yang terancam disebabkan amalan khurafat ini, bolehlah berjumpa dengan sesiapa yang arif (tidak salah buat appoinment dengan kita) untuk rawatan.


Wallahu ak lam..

Wednesday, December 15, 2010

Amalan untuk tenangkan diri...


Salam...


Terdapat banyak amalan yang disarankan oleh Allah dan Rasulnya kepada umat Islam.


Setiap amalan itu ada tujuannya. Antara tujuan yang boleh kita kongsi di sini ialah amalan untuk mencapai ketenangan sehingga dikatakan kepada sebagai nafsu al-mutmainnah.


Jiwa yang tenang... itulah perkataannya.


Pertama: Kosongkan minda anda..


Kedua : Cuba zahirkan di dalam minda anda sesuatu objek (contohnya rupa bulan).


Ketiga : Kemudian padamkan bayangan bulan itu.. kosongkan kembali minda anda.


Empat : Lafazkan di dalam hati anda kalimah syahadah... berturut-turut sebanyak tiga kali.. (seeloknya datang ambil ijazah amalan juga untuk mon top).


Lima : Kekalkan keadaan (4) itu selama 5 minit.


Akhir : Lembutkan badan dan kembali semula pada sedar diri anda.


Nescaya dengan praktis itu, anda telah melangkah ke suatu titik perubahan pada diri anda.


Tenang.. ultimate semua amalan!


Ben Ahmad

Friday, December 10, 2010

Tidur, ada kalanya suatu penyakit...

Pesakit: 1055_2010

Lebihan asid di dalam darah (barang kali) telah menyebabkan Ahmad (bukan nama sebenar) sentiasa rasa ingin tidur dan kerap tertidur.

Fenomenanya, Ahmad sering rasa hendak tidur, dan apabila sudah tidur ia akan mengambil masa satu hingga dua hari baru belilau akan sedarkan diri.

Kesan dari masalah tidurnya yang sudah menjangkau usia 21 tahun, beliau nampak kebudak-budakkan dan tidak mampu melakukan sesuatu dengan sempurna jauh dari batasan usianya.

Alhamdulillah, dengan membangunkan dirinya dari dalam, dengan rawatan kalimah tayyibah, maka Ahmad beransur pulih.

Ben Ahmad

Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal HIjrah 1432h


Hijrah kembali lagi


Doa akhir tahun telah dibaca, doa awal tahunpun turut disusuli.


Itu tanda peerpisahan dengan tahun sebelumnya, meniti hari untuk setiap diri bertemu ilahi.


Tidak ramai yang menangisi saat ini. Ada yang terus melarikan diri menuju duniawi.


Tidak sedar kita bahawa Rasulullah telah pergi lebih 1421 tahun yang lalu...


Berapa peratus dari masa hidup kita menepati sunnah dan tauliyah ajaran al-Quran sebenar.


Tuesday, November 30, 2010

akhirnya.. kembalilah Diri kepada tuan punya Diri

Kisah : pesakit [1053-2010]

Enam bulan beliau tidak dapat dan tidak pernah dapat tidur !

Enam bulan terbaring, tidak lena, tidak jaga dan tidak mampu berkata-kata. Kesian aku mendengarnya.

Pada waktu yang telah dijanji oleh-NYA, bertemulah salah seorang warisnya dengan aku.. minta ditawarkan sakitnya dan kesakitannya.

Sebagai kewajipan, maka aku hulurkan tangan sepuluh jari, memohon petuntuj dariNYA supaya ditawarkan siksa yang dialami diri hamba Allah ini.

Allah yang MAHA BERKUASA dan MAHA GHAIB berbanding tenaga ghaib dan batin diri kita.

Sembuhlah hamba Allah itu dengan 'caranya' yang tersendiri. Keasakitannya hilang. Ketidak upayaannya tidur, pun hilang. Keluh kesahnya pun hilang. Itu berlaku apabila titik pertemuan dirinya itu telah menemui kedudukannya yang asal.. kembali menjadi tenang. Bersedia menghadapi Tuhan diri.

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan kamu, masuklah di dalam diri hamba-hamba KU, dan masuklah syurga-KU".

Akhir segala penyudah bagi pesakit ini, beliau dimudahkan oleh Allah kembali kepada pemiliknya dalam keadaan tenang, senang, tiada sedih dan tiada keluh kesah. Itulah yang dicari oleh setiap mukmin.

Bukan semestinya sembuh itu sihat dapat bangun dan berlari, makan sebanyak mungkin.. Tidak!. Sembuh boleh dalam keadaan 'itu' juga.

ada Rahsia di dalam Kalimah Syahadah.

Ben Ahmad

Apabila Diri itu ber Diri ...

Salam untuk diri anda dan saya..

Pernahkan anda terfikir akan...

.. ' si diri yang tadinya tidak diambil peduli oleh yang 'mengandungnya' dan mengambil sikap buat bodoh. Walapun dia lansung merasakan penderitaan serta merana oleh perbuatan si badan yang tak mahu tahu di diri itu.

Si diri yang tadinya membisu seribu bahasa, disebabkan tidak dipedulikan oleh yang mengandungnya, setelah MENCAPAI penyerahan dan PENGAKUAN yang bulat dari si badan, maka si diri mulai sedar dan tahu sudah yang dikatakan badan itu kepunyaannya, sebantal dan sekalung hulu, sehina semulia, ke lurah sama dituruni, ke bukit sama di daki, sudah tentu tidak akan membiarkan badannya sengsara atau menderita..'

Siapakah anda?

Siapakah diri anda?

Di manakah Diri anda?

Ben Ahmad


Tuesday, November 23, 2010

Kenal Diri dan Jaga Diri

Salam;

Akal manusia banyak fungsinya. Namun fungsi yang paling besar ialah mengawal perkara selain dari fikiran. Sebagai contoh, jaga kulit, apabila berdarah maka dalam masa tertentu pendarahan itu akan terhenti. Percernaan, kita tidak perlu fikir bagaimana hendak menghadam makanan apatah lagi bagaimana hendak menyalurkan sisa makanan keluar! ehem ehem. Ringkasnya, otak mengawal kepentingan badan manusia.

Soalannya, apakah yang mengawal otak itu pula? Dapatkah anda jawab soalan itu?

Cuba perhatikan simulasi ini. Semasa kita sedang tidur, kita akan berbaring dan beralih arah sana dan sini (dengan sendirinya). Atau bolehkah kita katanya ' oh, memang saya bertindak sebegitu semasa tidur'.. betul kah kenyataan itu? Tidak. Mana ada orang yang dapat berfikir semasa tidur. Ianya adalah mati kecil dan kadang kala disebut kiamat kecil.

Jawapan kepada soalan pertama; 'Diri' kita yang mengawal otak. Syariat Islam meletakkan satu Maqasid Syarak yang utama iaitu 'Menjaga Akal' di samping menjaga agama, menjaga diri, menjaga harta dan menjaga maruah.

>>> akan datang SUBLIMINAL video untuk mencapai ketengan DIRI.

Ben Ahmad

TIDAKKAH MANUSIA MAHU MELIHAT PADA DIRI MEREKA SENDIRI?

[ TIDAKKAH MANUSIA MAHU MELIHAT PADA DIRI MEREKA SENDIRI?]
.. maksud ayat suci al-Quran.

Semalam :: 21 Nov. 2010

Pesakit : 1052_2010.

Seorang warga emas yang sudah lama tidak makan dan minum dengan sempurna. Puncanya tidak dapat dipastikan apatah lagi dikongsikan bersama - itu semua rahsia Allah.

Alhamdulillah, dengan kurnia Allah, berkat Kalimah Toyyibah, beliau beransur pulih dan dapat menjamah dengan lebih sempurna. Malah memesan air kelapa untuk diminum.

Fenomenanya, beliau sudah lama menanggung siksa dan perut sudah buncit akibat 'sakit' tertentu.

Moralnya, manusia dan diri manusia ini ada rahsianya. Ia berkaitan terus dengan Allah selaku pencipta dan penggeraknya. Tiada suatu perkara yang menimpa manusia melainkan ia adalah keizinan Allah jua. Peranan manusia yang utama pada masa diuji ialah mengenalpasti punca masalah material dan selesaikan dengan kaedah yang Allah sediakan untuk masalah tertentu. Sebagai contoh, kes sakit, perlu dirawat. Kes sihir, perlu ditawarkan. Kes jenayah, perlu dibicarakan dan diselesaikan dengan bijak dan bukan dengan cara yang lansung tidak bijak atau habis bijak.

Ben Ahmad

Sunday, November 21, 2010

~ Mengenal Diri ~

Awalluddin , Makriaftullah, wa qabla makrifatullah, makrifatu al-nafsi..( Perkara yang paling penting di dalam memulakan kehidupan ini ialah mengenal Allah, dan sebelum mengenal Allah, perlu mengenal diri.. Jadi perkara yang paling penting sekali ialah MENGENAL DIRI )

~ Permulaan Yang Baik ~

Permulaan yang baik, untuk makluman blog ini baru bermula..
sama2 kita doakan agar entry di dalam blog ini dapat membantu kita
dan memperbaiki diri kita dengan izinNya..
Amin