Tuesday, November 23, 2010

TIDAKKAH MANUSIA MAHU MELIHAT PADA DIRI MEREKA SENDIRI?

[ TIDAKKAH MANUSIA MAHU MELIHAT PADA DIRI MEREKA SENDIRI?]
.. maksud ayat suci al-Quran.

Semalam :: 21 Nov. 2010

Pesakit : 1052_2010.

Seorang warga emas yang sudah lama tidak makan dan minum dengan sempurna. Puncanya tidak dapat dipastikan apatah lagi dikongsikan bersama - itu semua rahsia Allah.

Alhamdulillah, dengan kurnia Allah, berkat Kalimah Toyyibah, beliau beransur pulih dan dapat menjamah dengan lebih sempurna. Malah memesan air kelapa untuk diminum.

Fenomenanya, beliau sudah lama menanggung siksa dan perut sudah buncit akibat 'sakit' tertentu.

Moralnya, manusia dan diri manusia ini ada rahsianya. Ia berkaitan terus dengan Allah selaku pencipta dan penggeraknya. Tiada suatu perkara yang menimpa manusia melainkan ia adalah keizinan Allah jua. Peranan manusia yang utama pada masa diuji ialah mengenalpasti punca masalah material dan selesaikan dengan kaedah yang Allah sediakan untuk masalah tertentu. Sebagai contoh, kes sakit, perlu dirawat. Kes sihir, perlu ditawarkan. Kes jenayah, perlu dibicarakan dan diselesaikan dengan bijak dan bukan dengan cara yang lansung tidak bijak atau habis bijak.

Ben Ahmad

No comments: