Tuesday, November 30, 2010

akhirnya.. kembalilah Diri kepada tuan punya Diri

Kisah : pesakit [1053-2010]

Enam bulan beliau tidak dapat dan tidak pernah dapat tidur !

Enam bulan terbaring, tidak lena, tidak jaga dan tidak mampu berkata-kata. Kesian aku mendengarnya.

Pada waktu yang telah dijanji oleh-NYA, bertemulah salah seorang warisnya dengan aku.. minta ditawarkan sakitnya dan kesakitannya.

Sebagai kewajipan, maka aku hulurkan tangan sepuluh jari, memohon petuntuj dariNYA supaya ditawarkan siksa yang dialami diri hamba Allah ini.

Allah yang MAHA BERKUASA dan MAHA GHAIB berbanding tenaga ghaib dan batin diri kita.

Sembuhlah hamba Allah itu dengan 'caranya' yang tersendiri. Keasakitannya hilang. Ketidak upayaannya tidur, pun hilang. Keluh kesahnya pun hilang. Itu berlaku apabila titik pertemuan dirinya itu telah menemui kedudukannya yang asal.. kembali menjadi tenang. Bersedia menghadapi Tuhan diri.

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan kamu, masuklah di dalam diri hamba-hamba KU, dan masuklah syurga-KU".

Akhir segala penyudah bagi pesakit ini, beliau dimudahkan oleh Allah kembali kepada pemiliknya dalam keadaan tenang, senang, tiada sedih dan tiada keluh kesah. Itulah yang dicari oleh setiap mukmin.

Bukan semestinya sembuh itu sihat dapat bangun dan berlari, makan sebanyak mungkin.. Tidak!. Sembuh boleh dalam keadaan 'itu' juga.

ada Rahsia di dalam Kalimah Syahadah.

Ben Ahmad

No comments: