Saturday, February 12, 2011

Mesir yang ku sayangi ....


Teringat suatu ketika,


Saat menaiki penerbangan akhir menaiki bumi Mesir, bumi para anbiya' yang merakamkan pelbagai kisah suka dan duka. Bersama para pelajar tempatan (Mesir) dan orang awam.


Amat indah pemandangan dari ketinggian 10,000 kaki.. bumi yang menjadi laluan ke kami ke hulu dan hilir... amat indah sekali dengan rupa aluran pasirnya yang keemasan.


Antara kenangan yang paling kuat terpahat di ingatan ialah Pulau Salam, pulau yang menempatkan makam seorang Sahabat baginda Rasulullah saw yang berbangsa Yahudi dan telah dibunuh kejam oleh orang-orang yahudi sendiri.


Jenazah beliau telah dilarikan oleh para sahabat dan sempat mengambil beberapa cebisan jenazah beliau (untuk makluman, beliau dipenggal lehernya dan dikerat badannya).


Kami melalui tasik yang kebiruan airnya, langitnya amat indah sebagai bumbung yang memayungi makam hambanya yang mulia, selaku pengikut Kekasihnya, Muhammad bin Abdullah saw...


... dan lagi kisah menarik di Mesir...