Tuesday, December 21, 2010

:.Harian Metro:. 'Lima angota polis kena santau katak puru"


Berita di dalam harian metro amat menyedihkan.. perbuatan santau yang jelas salah di sisi syariat masih diamalkan.


Lupakah kita bahawa Islam datang dengan mesej keamanan dan keselamatan untuk:-

Menjaga....

(a) Harta

(b) Nyawa

(c) Diri

(d) Akal

(e) Maruah


Akan tetapi, moral hidup di sana dan sini sekarang hampir boleh dikatakan terancam oleh pelbagai perbuatan 'khiatat' dan zalim sama ada kecil atau besar.



Merujuk berita di Harian Metro minggu ini, bahawa anggota polis pernah diancam keselamatan disebabkan santau.. Santau menggunakan binatang (akta puru pula tt).. memang berlaku. Malah ada di kalangan saudara kita yang telah gugur syahid disebabkan perbuatan khianat semasa betugas sebagai anggota pasukan uniform. Mati disantau sehingga kembung perut, bengkak kaki, tidak boleh tidur sebagainya.


Apabila dirawat, sembuh dan 'hamba Allah' itu akan menghantar lagi racun-racunnya untuk menjatuhkan saudara yang ikhlas bertugas ini... akhirnya, kecundang dengan izin Allah dan beliau dijemput sebagai syahid.


Itu lah fenomena masyarakat Islam Melayu. Ada lagi yang hidup subur dengan amalan sedemikian. Bertujuan untuk memuaskan hati atau kononya untuk menuntut keadilan. Akan tetapi salah di sisi syarak.


Jadi untuk kita, bersama menyelami hikmah di dalam ayat- ayat al-Quran untuk menjadikannya benteng keselamatan diri. Menyelami maksud al-Quran yang menyarankan supaya ditegakkan perundangan Samawi dan bukan perundangan Duniawi.


Sian ... sian... mula hari ini semua kena insaf. Kita hentikan lah amalan khurafat yang merosakkan diri dan diri orang lain. Merosakkan akidah. Merosakkan masyarakat.


Jika ada masalah, gunalah perundangan dahulu dan tidak perlu jadi hakim dan pendakwa dalam masa yang sama.


Untuk sesiapa yang terancam disebabkan amalan khurafat ini, bolehlah berjumpa dengan sesiapa yang arif (tidak salah buat appoinment dengan kita) untuk rawatan.


Wallahu ak lam..

Wednesday, December 15, 2010

Amalan untuk tenangkan diri...


Salam...


Terdapat banyak amalan yang disarankan oleh Allah dan Rasulnya kepada umat Islam.


Setiap amalan itu ada tujuannya. Antara tujuan yang boleh kita kongsi di sini ialah amalan untuk mencapai ketenangan sehingga dikatakan kepada sebagai nafsu al-mutmainnah.


Jiwa yang tenang... itulah perkataannya.


Pertama: Kosongkan minda anda..


Kedua : Cuba zahirkan di dalam minda anda sesuatu objek (contohnya rupa bulan).


Ketiga : Kemudian padamkan bayangan bulan itu.. kosongkan kembali minda anda.


Empat : Lafazkan di dalam hati anda kalimah syahadah... berturut-turut sebanyak tiga kali.. (seeloknya datang ambil ijazah amalan juga untuk mon top).


Lima : Kekalkan keadaan (4) itu selama 5 minit.


Akhir : Lembutkan badan dan kembali semula pada sedar diri anda.


Nescaya dengan praktis itu, anda telah melangkah ke suatu titik perubahan pada diri anda.


Tenang.. ultimate semua amalan!


Ben Ahmad

Friday, December 10, 2010

Tidur, ada kalanya suatu penyakit...

Pesakit: 1055_2010

Lebihan asid di dalam darah (barang kali) telah menyebabkan Ahmad (bukan nama sebenar) sentiasa rasa ingin tidur dan kerap tertidur.

Fenomenanya, Ahmad sering rasa hendak tidur, dan apabila sudah tidur ia akan mengambil masa satu hingga dua hari baru belilau akan sedarkan diri.

Kesan dari masalah tidurnya yang sudah menjangkau usia 21 tahun, beliau nampak kebudak-budakkan dan tidak mampu melakukan sesuatu dengan sempurna jauh dari batasan usianya.

Alhamdulillah, dengan membangunkan dirinya dari dalam, dengan rawatan kalimah tayyibah, maka Ahmad beransur pulih.

Ben Ahmad

Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal HIjrah 1432h


Hijrah kembali lagi


Doa akhir tahun telah dibaca, doa awal tahunpun turut disusuli.


Itu tanda peerpisahan dengan tahun sebelumnya, meniti hari untuk setiap diri bertemu ilahi.


Tidak ramai yang menangisi saat ini. Ada yang terus melarikan diri menuju duniawi.


Tidak sedar kita bahawa Rasulullah telah pergi lebih 1421 tahun yang lalu...


Berapa peratus dari masa hidup kita menepati sunnah dan tauliyah ajaran al-Quran sebenar.