Tuesday, December 21, 2010

:.Harian Metro:. 'Lima angota polis kena santau katak puru"


Berita di dalam harian metro amat menyedihkan.. perbuatan santau yang jelas salah di sisi syariat masih diamalkan.


Lupakah kita bahawa Islam datang dengan mesej keamanan dan keselamatan untuk:-

Menjaga....

(a) Harta

(b) Nyawa

(c) Diri

(d) Akal

(e) Maruah


Akan tetapi, moral hidup di sana dan sini sekarang hampir boleh dikatakan terancam oleh pelbagai perbuatan 'khiatat' dan zalim sama ada kecil atau besar.



Merujuk berita di Harian Metro minggu ini, bahawa anggota polis pernah diancam keselamatan disebabkan santau.. Santau menggunakan binatang (akta puru pula tt).. memang berlaku. Malah ada di kalangan saudara kita yang telah gugur syahid disebabkan perbuatan khianat semasa betugas sebagai anggota pasukan uniform. Mati disantau sehingga kembung perut, bengkak kaki, tidak boleh tidur sebagainya.


Apabila dirawat, sembuh dan 'hamba Allah' itu akan menghantar lagi racun-racunnya untuk menjatuhkan saudara yang ikhlas bertugas ini... akhirnya, kecundang dengan izin Allah dan beliau dijemput sebagai syahid.


Itu lah fenomena masyarakat Islam Melayu. Ada lagi yang hidup subur dengan amalan sedemikian. Bertujuan untuk memuaskan hati atau kononya untuk menuntut keadilan. Akan tetapi salah di sisi syarak.


Jadi untuk kita, bersama menyelami hikmah di dalam ayat- ayat al-Quran untuk menjadikannya benteng keselamatan diri. Menyelami maksud al-Quran yang menyarankan supaya ditegakkan perundangan Samawi dan bukan perundangan Duniawi.


Sian ... sian... mula hari ini semua kena insaf. Kita hentikan lah amalan khurafat yang merosakkan diri dan diri orang lain. Merosakkan akidah. Merosakkan masyarakat.


Jika ada masalah, gunalah perundangan dahulu dan tidak perlu jadi hakim dan pendakwa dalam masa yang sama.


Untuk sesiapa yang terancam disebabkan amalan khurafat ini, bolehlah berjumpa dengan sesiapa yang arif (tidak salah buat appoinment dengan kita) untuk rawatan.


Wallahu ak lam..

No comments: