Tuesday, November 23, 2010

Kenal Diri dan Jaga Diri

Salam;

Akal manusia banyak fungsinya. Namun fungsi yang paling besar ialah mengawal perkara selain dari fikiran. Sebagai contoh, jaga kulit, apabila berdarah maka dalam masa tertentu pendarahan itu akan terhenti. Percernaan, kita tidak perlu fikir bagaimana hendak menghadam makanan apatah lagi bagaimana hendak menyalurkan sisa makanan keluar! ehem ehem. Ringkasnya, otak mengawal kepentingan badan manusia.

Soalannya, apakah yang mengawal otak itu pula? Dapatkah anda jawab soalan itu?

Cuba perhatikan simulasi ini. Semasa kita sedang tidur, kita akan berbaring dan beralih arah sana dan sini (dengan sendirinya). Atau bolehkah kita katanya ' oh, memang saya bertindak sebegitu semasa tidur'.. betul kah kenyataan itu? Tidak. Mana ada orang yang dapat berfikir semasa tidur. Ianya adalah mati kecil dan kadang kala disebut kiamat kecil.

Jawapan kepada soalan pertama; 'Diri' kita yang mengawal otak. Syariat Islam meletakkan satu Maqasid Syarak yang utama iaitu 'Menjaga Akal' di samping menjaga agama, menjaga diri, menjaga harta dan menjaga maruah.

>>> akan datang SUBLIMINAL video untuk mencapai ketengan DIRI.

Ben Ahmad

No comments: