.. Peniaga, mereka mencari pelaris.
Pelaris adakalanya menggunakan 'sesuatu' untuk mendapatkan sesuatu.
Mempamirkan barangan yang berkualiti untuk menarik pelanggan, bukan menjadi suatu amalan yang perlu lagi di kalangan peniaga. Malah , jalan mudah ialah mencari pelaris, pelali dan seumpamanya untuk menarik pelanggan ke premis perniagaan mereka.
Apakata jika saya berikan assingment kepada para pembaca untuk membuat pemerhatian kepada lima premis perniagaan (makanan), atau dapatkan lima premis perniagaan runcit.
Daripada lima premis itu, lihatlah kebanjiran para pengungjungnya. Pasti akan ada perbezaan. Ada yang ramai pengunjung dan ada yang sedikit. Jika saya di tempat anda pada masa itu, pasti saya akan katakan bahawa premis perniagaan yang ramai pengunjung itu telah menggunakan pelaris! Dari situ, akan mula timbul syak dan lain - lain lagi.
Bertitik di sini, adakah diharuskan oleh agama Islam menggunakan pelaris di dalam perniagaan?
Pelaris untuk perniagaan yang halal dan menggunakan kaedah yang betul adalah harus di dalam agama Islam. Tidak dinafikan bahawa al-Quran dan Hadis lah merupakan sumber untuk mengatakan bahawa pelaris di dalam ajaran Islam adalah harus.
Manakala pelaris yang harus itu juga bersumberkan daripada Nas al-Quran atau Hadis.
Jadi, dapatkan pelaris yang halal di sisi syarak dan jalankan perniagaan yang halal serta pasti setiap barangan dan isi kandungan makanan anda adalah halal tanpa toleransi sedikitpun. Kerana, dengan abai sedikit yang haram, maka ia akan abadi di dalam sistem pembuluh darah manusia dan mana - mana pelanggan anda! Ini pasti anda tidak mahukan ianya berlaku. Apa lagi balasannya nanti.
Akhirnya, dapatkan pelaris untuk menyokong aktiviti perniagaan yang telah dikanunkan oleh syarak bahawa ia adalah 90% daripada sumber rezeki yang dianugerahkan oleh Allah.
Pelbagai testimoni yang sesuai dapat dikongsikan dengan izin dan redha Allah.
Wasalam.
Ben Ahmad
Apabila kamu merasa letih kerana membuat kebaikan,maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan apabila kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. Saidina Ali r.a
Sunday, January 23, 2011
Thursday, January 13, 2011
Amalan untuk menghilangkan gangguan jin

Dari tanah kamu didatangkan , dan kepada tanah kamu akan dikembalikan
Pernahkah anda terdengar tentang 'gangguan jin'?
Adakah ia betul-betul mengganggu?
Bagaimanakah ia mengganggu?
.: Kisah benar :.
Seorang remaja, umur belasan tahun, sentiasa rasa rimas. Adakalanya tidak dapat tidur dengan sempurna.
Pada suatu masa, sedang ibu bapanya berbincang tentang masalahnya, tiba -tiba...
ternampak kesan calar pada badannya, luka serta merta. Remaja itu meraung !! sekuat -kuatnya. " Aduhh, makk , sakitt !!"
Apa yang dapat dilakukan pada ketika itu? membaca ayat al-Kursy. Sudah. Membaca Yaasin. Panjang sangat. Maka tindakan bijak ibu bapanya ialah membawa anaknya berjumpa dengan 'seseorang'.
Lalu, secara sepontan dan serta merta disuruhkan kepada ibu bapanya untuk menyediakan air dan garam bukit. Dibacakan istighfar dan syahadah pada air itu. Lalu diberi minum.
Alhamdulillah, masalah remaja itu beransur pulih dan hilang sehingga sekarang.
- Tamat -
Dari petikan di atas, apakah salah satu cara yang telah digunakan untuk menghilangkan 'gangguan' yang dialami oleh seorang remaja itu?
... anda carikan jawapannya...
Subscribe to:
Posts (Atom)